Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Drebar mati keluar lori


Seremban: “Keadaan di lokasi kejadian agak gelap menyebabkan saya tidak nampak ada lori terbalik di tengah lebuh raya dan gagal mengelak lalu melanggar lori dan pemandunya,” kata pelumba basikal negara Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi, 28, yang terbabit kemalangan di KM247, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Hentian Sebelah Senawang, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki Muhammad Fauzan dan isteri, Norashikin Omar, 31, dikatakan merempuh lori tiga tan yang terbalik melintang di tengah lebuh raya. 
Akibat rempuhan itu, pemandu lori berkenaan, Abas Baharom, 44, terbunuh di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius dan putus betis kaki kanan. 

Bagaimanapun, Muhammad Fauzan cedera ringan di tangan dan muka manakala isteri di bahagian mata selepas terkena serpihan kaca cermin kereta, sementara MPV dipandunya remuk di bahagian depan.
Foto
MUHAMMAD Fauzan melihat kenderaannya yang remuk.

Menurutnya, kenderaannya berpusing beberapa kali selepas rempuhan itu, namun bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

No comments:

Post a Comment