Search This Blog

Friday, July 11, 2014

‘Culik’ balik di kubu Abu Sayyaf


Kota Kinabalu: Pengawal kubu Abu Sayyaf yang masih asyik menjamah hidangan berbuka puasa dipercayai membantu pasukan keselamatan yang berjaya menyelinap masuk ke kubu kumpulan berkenaan di Patikul, Kepulauan Jolo, tengah malam, kelmarin sebelum menyelamatkan tebusan warga China yang diculik di Pulau Baik, Silam, pada 6 Mei lalu.
Meskipun kehadiran pasukan keselamatan akhirnya dihidu dan dihujani beberapa das tembakan ketika dalam perjalanan pulang, namun misi menyelamatkan pengurus pusat ternakan ikan dalam sangkar, Yang Zailin, 34, dianggap berjaya dan selamat tanpa sebarang kecederaan. 
Menurut sumber, satu pasukan khas terdiri daripada beberapa anggota komando dibentuk dalam menjayakan misi menyelamat tebusan, selepas beberapa minggu pihak berkuasa melakukan risikan dan intipan. 

“Pasukan keselamatan bergerak dengan menaiki sebuah bot dari Sandakan kira-kira jam 4 petang menuju sempadan negara jiran dan seterusnya menghampiri Jolo sebelum tiba di Patikul pada jam 8 malam (kelmarin).

“Sejurus tiba, pasukan terus melancarkan misi membawa pulang tebusan dengan selamat dan segera meninggalkan lokasi,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sumber berkata, sebaik menyelinap masuk, pasukan berusaha membawa keluar tebusan secepat mungkin. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/11

No comments:

Post a Comment