Search This Blog

Wednesday, July 30, 2014

Cedera angkara mercun mat rempit


Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Ahad lalu, mangsa lelaki berusia 30 tahun dikatakan memberhentikan kenderaannya di petak kuning di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini yang mengakibatkan laluan lima mat rempit itu ‘terhalang.’ 
  Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata seorang daripada mat rempit itu kemudian mengetuk cermin kenderaan mangsa. 

“Apabila mangsa keluar untuk bertanyakan mengapa cermin keretanya diketuk, seorang lagi mat rempit terus membaling mercun ke dalam kereta mangsa, mengakibatkan cermin hadapan kereta pecah,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Foto
KEADAAN kereta mangsa selepas dibaling mercun oleh kumpulan mat rempit.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

No comments:

Post a Comment