Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Buang keladak kebas pasir


Gombak: Sebuah syarikat kontraktor yang dipertanggungjawabkan membuang keladak di dalam Empangan Batu di sini sebaliknya dikesan menjalankan kegiatan mencuri pasir secara besar-besaran di kawasan itu.
Kegiatan berkenaan yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu dibongkar Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hasil serbuan dilakukan semalam. 
Dalam serbuan jam 10 pagi itu, pihak SPRM diketuai Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguasa Mohd Yussuf Zakaria melakukan pemeriksaan menyeluruh di kawasan empangan yang diwartakan sebagai Zon Perlindungan 2011. 

Difahamkan, kegiatan curi pasir itu dilakukan kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk melakukan kerja pembuangan kelodak serta mendalamkan Sungai Batu di kawasan empangan berkenaan.
Foto
SEBAHAGIAN pasir yang dikeluarkan dari kawasan Empangan Batu.

Menurut jurucakap LUAS, kontraktor terbabit didapati melakukan pencerobohan di kawasan zon perlindungan empangan dengan mengorek serta menggunakan jentera tanpa kebenaran.

“Terdapat dua kesalahan dilakukan iaitu melakukan pengeluaran pasir tanpa permit dan meletakkan jentera (ponton) di dalam kawasan empangan yang boleh menyebabkan pencemaran air jika berlaku tumpahan diesel. 

“Jika berlaku tumpahan diesel ia boleh menyebabkan loji air yang menjadi sumber bekalan air terawat tercemar,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

No comments:

Post a Comment