Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Bomba di lokasi risiko




MELAKA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka akan menempatkan anggotanya di kawasan yang dikenal pasti panas dan berisiko tinggi kemalangan di kedua-dua hala laluan Lebuh Raya Utara-Selatan.
Pengarahnya, Nazili Mahmood (gambar) berkata, dua pondok sementara akan dibuka 24 jam di tol Simpang Ampat dan Lipat Kajang bagi membolehkan bantuan kecemasan dapat diberikan segera kepada mangsa kemalangan.
Menurutnya, seramai lapan anggota termasuk seorang penyelia dengan kelengkapan sebuah jentera akan ditugaskan di pondok berkenaan secara bergilir-gilir.
"Langkah ini bagi memastikan bantuan kecemasan dan rawatan awal dapat diberikan dengan cepat kepada mangsa kemalangan sekali gus memendekkan masa maklum balas bomba ke lokasi kemalangan.
"Jabatan ini juga telah membekukan cuti kepada 400 pegawai dan anggota untuk bertugas di sepanjang Ops Raya ini yang berlangsung selama 15 hari bermula 21 Julai lalu sempena Hari Raya Aidilfitri," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ops Raya dan Simulasi Kemalangan Jalan Raya di sini, Pasar Raya Mydin MITC, Ayer Keroh di sini semalam.
Ops Raya 2014 itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz38F8AyoBT 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment