Search This Blog

Wednesday, July 30, 2014

Bina 20 tahun musnah 20 minit


Banting: “Sedih apabila melihat rumah yang saya yang saya bina sedikit demi sedikit sejak lebih 20 tahun musnah terbakar dalam tempoh 20 minit sahaja. Tapi lebih sedih apabila ia berlaku sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.
“Saya reda dengan dugaan ini dan tetap bersyukur kerana ahli keluarga selamat dan masih dapat meraikan Hari Raya Puasa bersama tahun ini walaupun dalam keadaan yang masih trauma,” luah Saimin Masikin, 64. 
Dalam kebakaran jam 6 petang, Ahad lalu, menyebabkan rumah Saimin yang terletak di Kampung Ladang Batu, Batu Laut, Tanjong Sepat, di sini, musnah sekelip mata dan beliau terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan mencecah RM110,000. 

Beliau berkata, kebakaran itu bermula di bahagian beranda rumahnya sebelum merebak membakar keseluruhan rumahnya tanpa beliau dan keluarga sempat menyelamatkan barangan.
Foto
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran.

“Saya baru pulang dari masjid selepas selesai menunaikan solat Asar sebelum seorang daripada anak memaklumkan terhidu bau hangit. Saya terus pergi ke dapur kerana menyangkakan ia adalah bau masakan tetapi telahan itu meleset.

“Ketika kembali ke ruang tamu, saya lihat kawasan beranda sudah mula dijilat api dan membakar kawasan atap serta ruang tamu. Tanpa berlengah, saya terus menjerit memanggil ahli keluarga yang lain untuk keluar menyelamatkan diri. 

“Usaha saya dan ahli keluarga serta beberapa jiran untuk memadamkan kebakaran tidak berhasil kerana api marak dengan begitu cepat kerana sebahagian besar rumah diperbuat daripada kayu,” katanya. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

No comments:

Post a Comment