Search This Blog

Friday, July 11, 2014

Bakal pengantin didakwa ragut wanita


KUALA LUMPUR 10 Julai - Seorang bakal pengantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meragut seorang wanita, Ahad lalu.
Syahfadhil Mulop, 25, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa meragut dua utas rantai termasuk seutas rantai emas milik B. Chandera di tepi jalan berhampiran pasar raya Chekers, Jalan Cheras, Cheras di sini kira-kira pukul 12 tengah hari, 6 Julai lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie mengemukakan pertuduhan terhadap penjual nasi kerabu itu mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang rendah kerana anak guamnya akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi selain membantu ibunya berniaga.
Hakim Azwarinda Affandi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan melaporkan diri di balai polis berhampiran dua bulan sekali sebagai syarat jaminan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 11 Ogos ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140711/ma_03/Bakal-pengantin-didakwa-ragut-wanita#ixzz376qIiivG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment