Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

Bahaya doktor palsu


Kuala Lumpur: Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kewujudan farmasi dan ‘doktor’ palsu yang dikesan sewenang-wenang menjual ubat-ubatan dikawal dan racun berjadual secara haram kepada orang ramai.
Pemilik premis yang seolah-olah beroperasi seperti farmasi yang diberi lesen oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM dikesan menjual pelbagai ubatan terlarang antaranya ubat batuk, antibiotik, pil pencegah kehamilan dan pelbagai ubat-ubatan psikotropik. 
Ketua Seksyen Pencegahan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Mohd Shahid Yahaya berkata, tindakan menyamar sebagai pakar farmasi bertauliah dan menjual ubat-ubatan di bawah Akta Racun Berjadual secara terbuka di kaunter premis adalah satu kesalahan serius. 

Menurutnya, ubat-ubatan yang dijual itu perlu melalui doktor perubatan sah atau doktor gigi yang akan membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dulu sebelum mengeluarkan arahan kebenaran pemberian ubat-ubatan.
Foto
RAMPASAN jualan ubat secara haram di klinik.

“Orang ramai seharusnya perlu berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan kesihatan sebelum doktor mengesahkan jenis penyakit dan ubat yang perlu diambil.

“Meskipun mereka mempunyai surat bertulis atau pengesahan doktor mengenai pengambilan ubatan itu, namun penjualan di kaunter kedai atau kedai ubat-ubatan tradisional adalah menyalahi undang-undang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

No comments:

Post a Comment