Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

AS: Tujuh maut akibat kebakaran


MASSACHUSETTS 11 Julai - Tujuh orang maut akibat kebakaran di sebuah pangsapuri di sini, semalam, lapor pihak berkuasa bomba.
Ketua Bomba Lowell, Edward Pitta berkata, mangsa terkorban dalam kebakaran yang berlaku di tingkat tiga pangsapuri berkenaan awal pagi semalam.
Menurut bomba lagi, seramai 48 orang tinggal di bangunan berkenaan yang turut mempunyai kedai-kedai di tingkat bawah.
Beberapa orang terpaksa diselamatkan dari tingkat atas dan dibawa ke hospital, namun punca kebakaran masih dalam siasatan. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140711/lu_02/AS-Tujuh-maut-akibat-kebakaran#ixzz37CdHDH00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment