Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

Anggota TLDM maut digilis dua kereta


IPOH 22 Julai - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut akibat digilis dua buah kereta setelah motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor kerbau di Jalan Ipoh-Lumut di sini malam tadi.
Dalam nahas pada pukul 11.45 malam itu, Noor Muhammad Saffry Mohamad Jemuri, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Supritendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Ipoh ke Lumut.
Katanya, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, motosikal Kawasaki Ninja itu telah terlanggar seekor kerbau sebelum mangsa tercampak di atas jalan.
"Mangsa kemudian telah digilis dua buah kereta Perodua Myvi dan Perodua Viva dari arah belakang yang tidak sempat mengelak," katanya di sini hari ini.
Wan Sharuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140723/je_06/Anggota-TLDM-maut-digilis-dua-kereta#ixzz38F32t1JS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment