Search This Blog

Wednesday, July 30, 2014

Ajal pulang beraya


Shah Alam: Kegembiraan enam sekeluarga warga Kemboja menyambut Aidilfitri berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 10.7 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), berhampiran susur ke Bukit Jelutong, di sini, petang kelmarin.
Kemalangan kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan Jamilah Ali, 44, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Difahamkan, keluarga berkenaan dalam perjalanan ke rumah mereka di Tanjung Malim, Perak selepas menziarah kenalan sempena Aidilfitri di Rembau, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, van jenis Nissan yang dipandu anak lelaki mangsa berusia 20 tahun itu dikatakan mahu mengelak sebuah kereta yang memotong secara mengejut.
Beliau berkata, tindakan pemandu kereta berkenaan menyebabkan van yang mereka naiki terbabas di sebelah kiri jalan sebelum berpusing beberapa kali di tengah lebuh raya. 
“Mangsa yang duduk di bahagian tengah penumpang maut kerana mengalami kecederaan parah. Bagaimanapun, lima lagi ahli keluarga mangsa berjaya keluar dari kenderaan yang mereka naiki dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Foto
KEADAAN van yang dinaiki mangsa.
Menurutnya, mayat mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Azisman berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu van berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

No comments:

Post a Comment