Search This Blog

Friday, July 4, 2014

9 gegaran letupan


Pulau Gaya: Sebahagian penduduk Kampung Pondo di sini, nekad terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sebaik mendengar sekurang-kurangnya sembilan bunyi letupan kuat dipercayai bahan digunakan untuk membuat bom ikan selepas lebih 30 rumah atas air musnah dalam kebakaran, semalam.
Berikutan kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, lebih 300 penghuni tinggal sehelai sepinggang, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.
Difahamkan, letupan kuat turut jelas kedengaran di sekitar bandar raya Kota Kinabalu terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Seorang penduduk Saidi Sinal, 33, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu dan terkejut apabila mendengar bunyi dentuman sebelum terjun ke laut bagi menyelamatkan diri.
Foto
API memusnahkan lebih 30 rumah atas air di Kampung Pondo.

“Ketika itu saya sedang berehat di ruang tamu selepas keluar membeli barang di bandar.

“Bagaimanapun, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman cukup kuat berhampiran rumah menyebabkan saya terus berlari keluar dan terjun ke laut,” katanya ketika ditemui, semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

No comments:

Post a Comment