Search This Blog

Friday, July 4, 2014

8 selamat, 3 masih terperangkap runtuhan lombong emas


2014/07/04 - 11:16:17
TEGUCIGALPA (Honduras): Lapan pelombong berjaya dibawa keluar daripada runtuhan lombong emas di selatan Honduras manakala tiga lagi masih terperangkap, kata pihak berkuasa.

Pengarah Suruhanjaya Kecemasan, Moises Alvarado, berkata lapan lelaki itu diselamatkan selepas terperangkap selama 26 jam di bawah runtuhan. Mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Lebih daripada 300 anggota sukarelawan Palang Merah, anggota bomba dan penyelamat serta penduduk berhampiran menggunakan kayu dan penyodok untuk mencari baki mangsa.

Sekumpulan pelombong berkenaan terperangkap kira-kira 80 meter ke dalam lombong, kata jurucakap jabatan bomba, Oscar Triminio.

Sebahagian lombong berkenaan runtuh selepas 22 pelombong memasuki gua berkenaan untuk mencari emas, semalam, tetapi separuh daripada mereka berjaya menyelamatkan diri, kata Triminio.

Beliau berkata, anggota penyelamat tidak menggunakan jentera berat kerana struktur lombong berkenaan tidak stabil dan boleh runtuh.

Datuk Bandar, Luis Rueda berkata terdapat lebih 50 lombong di kawasan itu, sebahagian daripadanya dengan kedalaman 200 meter di bawah tanah. - AP

No comments:

Post a Comment