PHNOM PENH 14 Julai - Lima askar Kemboja terbunuh, hari ini, manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian helikopter tentera terhempas ketika menjalani sesi latihan di pinggir Phnom Penh.
"Kami masih menyiasat punca helikopter berkenaan terhempas.
"Lima orang tentera terbunuh dan seorang lagi cedera parah," kata Menteri Pertahanan, Tea Banh, sambil menambah kata, kesemua mangsa merupakan tentera pelatih.
Sekumpulan pasukan penyelamat dan polis yang tiba di tempat kejadian menemui helikopter berkenaan berada di bawah permukaan air dalam sebuah parit. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140715/lu_09/5-askar-Kemboja-maut-nahas-helikopter#ixzz37UBbOE00
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment