Search This Blog

Wednesday, July 23, 2014

43 pelajar kolej keracunan



SEBAHAGIAN daripada 43 orang pelajar Kolej Vokasional Arau yang mengalami keracunan makanan sedang beratur bagi mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis kelmarin.


KANGAR - Seramai 43 orang pelajar Kolej Vokasional Arau dekat sini mengalami sakit perut dan cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati juadah berbuka puasa dan sahur di dewan makan asrama kolej berkenaan kelmarin.
Seorang pelajar, Muhammad Rifaie Mohd. Husni, 18, mendakwa, dia mulai muntah selepas bersahur awal pagi kelmarin selepas menjamah hida- ngan sahur yang disediakan penyedia makanan terbabit.
"Menu sahur pada awal pagi semalam (kelmarin) itu seperti biasa iaitu nasi putih, ayam goreng dan sayur kangkung goreng. Semasa makan, kami tidak berasa sebarang kelainan.
"Namun, beberapa jam selepas itu perut saya mulai sakit dan mengalami muntah teruk," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pagi semalam.
Simptom yang sama dialami oleh Nor Nadhira Norshah, 17, yang mengadu sakit perut selepas menikmati kari daging semasa berbuka puasa di dewan makan berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz38F7qSnMV 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment