Search This Blog

Saturday, July 12, 2014

32 Uighur dijel


Beijing: China semalam memerintahkan 32 penduduk wilayah Xinjiang di penjara kerana memuat turun atau menghantar video berkait dengan keganasan.

Laman web rasmi kerajaan tempatan, Tianshan melaporkan, tiga daripada mereka dipenjara seumur hidup manakala 29 lagi dipenjara antara empat hingga 15 tahun.


Mereka yang dihukum berbangsa Uighur berdasarkan nama yang disiarkan dalam laporan di laman web Tianshan itu. Kesemua 11 kes itu membabitkan kawasan di sekitar Xinjiang termasuk ibu negerinya Urumqi, Aksu, Turpan dan Hotan.

“Kes berkenaan secara amnya membabitkan penggunaan telefon bimbit dan Internet untuk menyimpan, memuat turun dan menghantar fail video serta audio berunsur kekerasan.


“Semuanya bertujuan menganjurkan, mengajak atau membabitkan diri dalam organisasi pengganas,” kata Tianshan.


China bertindak tegas terhadap lebih 40 kumpulan yang didakwanya ‘pengganas’ dan menahan lebih 400 orang di Xinjiang sejak 23 Mei tahun lalu.

Hukuman penjara Khamis lalu itu usaha terbaru China untuk mengawal kumpulan yang didakwanya bertanggungjawab ke atas beberapa serangan.

Beijing menyalahkan kumpulan pemisah Islam dari wilayah Xinjiang yang mempunyai ramai penduduk Islam etnik Uighur.

Kumpulan Uighur dalam buangan dan aktivis hak asasi manusia berkata, dasar kerajaan China di Xinjiang termasuk kekangan terhadap umat Islam menjadi punca penduduk tidak berpuas hati dakwaan yang dinafikan Beijing.

Xinjiang kaya dengan sumber semula jadi dan terletak di sempadan dengan Asia Tengah penting bagi pembangunan tenaga di China. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/12

No comments:

Post a Comment