Search This Blog

Friday, July 4, 2014

32 pemandu trak yang diculik dibebaskan


ANKARA 4 Julai - Seramai 32 orang pemandu trak warga Turki yang dijadikan sebagai tebusan tiga minggu lalu oleh militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) telah dibebas dan diserahkan kepada kakitangan Konsulat.
“Kesemua mereka telah diserahkan kepada Konsulat kami kira-kira 15 ke 20 minit lalu," kata Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu sambil menambah, mereka kini menuju ke bandar Irbil.
Kata Ahmet lagi, sebuah pesawat sudah berlepas dari Istanbul ke Irbil untuk membawa mereka pulang dan dijangka akan tiba di Ankara pada malam ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140704/lu_09/32-pemandu-trak-yang-diculik-dibebaskan#ixzz36RfKOZjQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment