Search This Blog

Sunday, July 6, 2014

200 trak minyak dibedil Taliban


KABUL 6 Julai - Serangan bom oleh militan Taliban di pinggir Kabul hari ini, telah mengakibatkan kira-kira 200 buah trak minyak yang didakwa untuk dibekalkan kepada tentera asing di Afhganistan terbakar.
Trak berkenaan terbakar di kawasan tempat letak kereta yang disediakan khas untuknya sebelum bergerak masuk ke Kabul.
"Kira-kira pukul 10.30 malam waktu tempatan (12 malam waktu Malaysia), beratus-ratus buah tangki minyak milik syarikat swasta terbakar," kata jurucakap polis Kabul, Hashmat Stanikzai, sambil menambah tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140706/lu_04/200-trak-minyak-dibedil-Taliban#ixzz36dNWozDy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment