Search This Blog

Friday, July 4, 2014

2 lelaki ponteng puasa ditahan


Ipoh: Dua lelaki beragama Islam yang melakukan kesalahan makan di khalayak ramai ditahan anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di Kuala Kangsar, petang kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIPk Ahmad Nizam Amiruddin berkata, ia adalah tangkapan pertama yang dilakukan sejak Ops Puasa dilancarkan pada 29 Jun lalu.


Menurutnya, pihaknya mengadakan operasi menyeluruh dengan tidak hanya tertumpu kepada operasi menahan mereka yang tidak menghormati Ramadan, sebaliknya operasi cegah maksiat turut dijalankan.

“Ops Puasa hari pertama dimulakan di sekitar Ipoh tanpa sebarang tangkapan dan diteruskan ke daerah Kuala Kangsar dan Gerik serta Pengkalan Hulu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/04

No comments:

Post a Comment