Search This Blog

Tuesday, July 22, 2014

18 ketul ganja mampat dirampas



ZULL AZNAM (tengah) menunjukkan ganja-ganja mampat seberat 128 kilogram pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Pasukan Batalion Ketiga Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, Perak berjaya merampas ganja seberat 128 kilogram bernilai RM205,000 yang cuba diseludup dari Thailand oleh dua lelaki tempatan, di sini pada 14 Julai lalu.
Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata, percubaan pada pukul 7.45 malam itu disedari apabila anggota PGA melakukan rondaan di Pos Kawalan PB 29 di sini terserempak kelibat suspek sedang memikul karung guni.
"Kedua-dua suspek yang dipercayai berumur awal 30-an itu berjaya melepaskan diri dan meninggalkan karung guni terbabit apabila menyedari kehadiran anggota PGA
"Hasil siasatan ke atas lima karung guni yang ditinggalkan suspek polis menjumpai 18 ketul ganja mampat dianggarkan bernilai RM205,000 disyaki untuk dijual pasaran tempatan," katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3897RaRuY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment