Search This Blog

Thursday, June 12, 2014

Wanita warga Thailand didakwa edar dadah


2014/06/12 - 11:42:01
BUTTERWORTH: Seorang wanita warga Thailand yang ditahan Jabatan Imigresen kerana cuba menyeludup dadah bulan lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 40,386.73 gram, di Sungai Dua, di sini.

Paveenat Yaekhumthong, 46, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Ogos ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Mengikut pertuduhan, Paveenat didakwa mengedar 40,386.73 gram kanabis di Plaza Tol Sungai Dua arah selatan, Sungai Dua Seberang Perai Utara, di sini pada jam 10.30 malam, 30 Mei lepas.

Bagi kesalahan itu, Paveenat didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum menurut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairuz Rahman dan tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment