Search This Blog

Thursday, June 26, 2014

Tertuduh arah diam sebelum lari


La Ode


SHAH ALAM – Seorang kerani bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, tertuduh La Ode Ardi Rasila memberi isyarat tangan supaya diam sebelum dia melarikan diri selepas melakukan pembunuhan dan merompak duit di AmBank cawangan USJ dekat sini.
Saksi pendakwaan ke-10, Laila Azwa Samingan berkata, selain isyarat tangan La Ode turut mengeluarkan kata-kata ‘diam’ sebanyak dua kali kepadanya semasa tertuduh hendak keluar melalui pintu utama bank tersebut.
Laila Azwa, 28, memberitahu, ketika itu dia berada di pintu gelongsor berhampiran kawasan bilik kebal bank yang berhadapan pintu utama bagi memeriksa bunyi letupan yang berlaku secara tiba-tiba.
“Sebelum bunyi letupan, saya berada di kaunter bagi melakukan kerja-kerja memproses cek bersama Ifasri Wahyuni Mansur.
“Tiba-tiba saya mendengar bunyi letupan yang agak kuat dan apabila saya menoleh ke belakang saya melihat La Ode sedang menarik Arzanna Abdullah (rakan mangsa mati ditembak) di bahagian peti besi manakala saya bersama Ifasri pula pergi melihat apa yang berlaku,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Asyraf Md. Kamal di sini semalam.
La Ode, 37, menghadapi dua pertuduhan iaitu membunuh dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian Norazita Abu Talib, 37, di premis AmBank cawangan USJ Sentral 2, Petaling Jaya di sini antara pukul 6 petang dan 6.30 petang pada 23 Oktober 2013.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz35hIvawCr 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment