Search This Blog

Saturday, June 28, 2014

Pengawal keselamatan maut digilis bas kilang


BAYAN LEPAS 27 Jun - Seorang pengawal keselamatan wanita maut akibat digilis sebuah bas pekerja manakala rakan sekerjanya cedera selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan tersebut di hadapan kilang Robert Bosch, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Sapnah Habits Mat Ghani, 42, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Lai Fah Hin berkata, siasatan mendapati Sapnah yang bekerja di kilang itu sedang membonceng motosikal yang ditunggang M. Nantha Gopal dan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Baroh di sini selepas tamat bekerja.
Menurut beliau, ketika berhenti di persimpangan untuk membelok ke Lebuh Raya Lim Ching Eu, motosikal dinaiki mereka dirempuh dari arah hadapan oleh bas dipandu seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mengambil pekerja di kilang sama.
"Nantha Gopal jatuh ke arah kiri motosikal namun Sapnah jatuh di hadapan bas mengakibatkan dia digilis. Mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan Nantha Gopal juga dihantar menerima rawatan di hospital yang sama," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Fah Hin, semakan pihaknya mendapati pemandu bas dan penunggang motosikal terbabit tidak memiliki rekod kesalahan lalu lintas atau waran tangkap.
Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140628/je_07/Pengawal-keselamatan-maut-digilis-bas-kilang#ixzz35t6Ptq00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment