Search This Blog

Monday, June 30, 2014

Pecah amanah: Bekas kerani wanita dipenjara 39 bulan


30/06/2014 3:18pm

SHAH ALAM - Seorang bekas kerani wanita dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 39 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM20,949.17, tiga tahun lepas.
Hakim G. Ramesh menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan R.
Birunthavathy, 31, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan pecah amanah melibatkan nilai RM5,577 di Syarikat E-Title Services Sdn. Bhd., Menara Maxisegar, Pandan Indah dekat sini, antara 25 Mac 2011 dan 5 Disember 2011.
Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa melakukan pecah amanah membabitkan nilai RM15,372.17 di tempat sama, antara 18 April 2012 dan 12 Disember 2012.
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.
Hakim Ramesh menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan untuk pertuduhan pertama dan 24 bulan bagi pertuduhan kedua yang diperintahkan dijalankan secara berasingan, berkuat kuasa hari ini.
Sebanyak 16 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Raimi Mohd Ramli manakala wanita itu diwakili peguam B. Jayamurugan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz366zZLmHE 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment