Search This Blog

Monday, June 30, 2014

Mati sakit jantung saksi penalti Piala Dunia



RAKYAT Brazil kelihatan cemas dan tertekan semasa menyaksikan perlawanan antara pasukan Brazil dengan Chile di Porto Seguro semalam.


BELO HORIZONTE, Brazil - Seorang penyokong Brazil mati selepas mengalami sakit jantung semasa menyaksikan detik-detik cemas sepakan penalti yang membawa kemenangan kepada pasukan tuan rumah, lapor media semalam.
Lelaki berusia 69 tahun itu sebelum kejadian dikatakan mengadu tidak sihat semasa menyaksikan perlawanan berkenaan yang ketika itu Brazil terikat 1-1 dengan Chile sehingga membawa kepada masa tambahan dan akhirnya kemenangan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.
Detik sepakan penalti menjadi saat paling mendebarkan dan tegang kepada penyokong Brazil sebelum negara itu berjaya melangkah ke suku akhir Piala Dunia menerusi kelebihan gol penalti 3-2 ke atas Chile.
Penyokong tersebut yang mempunyai masalah diabetes meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke hospital, menurut portal berita G1 dan laman web akhbar Estado de Minas.
Akhbar tersebut turut melaporkan pegawai-pegawai kesihatan tempatan merawat lebih 100 orang sepanjang perlawanan itu berlangsung termasuk seorang wanita berusia 50 tahun yang juga mengalami sakit jantung, manakala seorang pemuda dirawat apabila patah hidung kerana bergaduh. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz366p6qbUZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment