Search This Blog

Thursday, June 26, 2014

Lelaki guna AK-47 tembak jet PIA



REUTERS
DUA kru PIA dilihat di sisi mayat seorang wanita yang dibunuh di dalam pesawat mereka di sebuah hospital di Peshawar kelmarin.


PESHAWAR - Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sebuah jet penumpang yang melakukan pendaratan di barat daya Pakistan dengan menyebabkan seorang penumpang wanita maut, manakala dua anak kapal cedera.
Pesawat milik Penerbangan Antarabangsa Pakistan (PIA) itu berlepas dari Riyadh di Arab Saudi dan bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bacha Khan, Peshawar apabila ia ditembak lewat kelmarin.
Ketika kejadian, pesawat berkenaan membawa lebih 170 penumpang.
Pihak berkuasa memberitahu, lapan butir peluru yang ditembak beberapa penyerang tidak dikenali telah mengenai pesawat itu semasa berada pada ketinggian 1,500 meter.
Namun, kapal terbang tersebut berjaya mendarat dengan selamat.
"Tembakan itu dilepaskan di luar lapangan terbang," kata jurucakap PIA, Mashud Tajwar.
"Seorang penumpang wanita dan dua pramugara cedera, wanita itu meninggal dunia semasa dirawat di hospital," tambahnya.
Menurut jurucakap berkenaan, punca kejadian masih tidak dapat dipastikan tetapi PIA tidak menerima sebarang ancaman sebelum ini.
Dalam pada itu, pegawai polis Peshawar, Muhammad Faisal berkata, laporan forensik mendapati lapan butir peluru itu berasal dari senjata api raifal AK-47 yang ditembak pada jarak sekitar lima kilometer dari landasan.
"Peluru-peluru itu mengenai ekor pesawat," jelasnya.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab berhubung serangan tersebut menyebabkan beberapa penerbangan di lapangan terbang tersebut ditangguhkan untuk seketika.
Insiden itu berlaku dua minggu selepas kumpulan Taliban menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, selatan Pakistan sekali gus memusnahkan rundingan damai yang dibuat antara Taliban dengan kerajaan Pakistan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz35hGDwJmF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment