Fauzi (kanan) melihat keadaan Yoong Fei yang terlantar koma sejak empat bulan lalu.
Look Yoong Fei, 39, koma lebih empat bulan lalu setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki bergantung sepenuhnya kepada ibu dan jururawat harian.
Ibu Yoong Fei, Wong Swee Chong, 65, berkata, dia tidak menyangka anak kelima daripada tujuh beradik itu akan terlantar tidak bermaya.
Menurutnya, anaknya itu seorang yang kuat bekerja, malah bertanggungjawab terhadap setiap ahli keluarga.
“Tindakan dia terjun dari atas lori itu hanya untuk menyelamatkan nyawa dia, tetapi keadaannya kini sudah tidak sama seperti sebelum ini.
“Hati saya sayu melihat dia baring dan kadang kala memberikan respons positif setiap kali namanya di panggil,” katanya.
Yoong Fei kini ditempatkan di rumah jagaan bersama jururawat di Kubang Buaya di sini dengan bayaran RM40 sehari.
Swee Chong berkata, selain terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak setiap bulan, anaknya itu hanya bergantung kepada susu khas untuk teruskan hidup.
“Dahulu, dia selalu beri duit kepada saya. Tetapi dengan keadaan sekarang ini, bantuan daripada adik-beradik saya yang diperoleh untuk membayar bil jagaan.
“Saya sudah tua, tetapi masih berharap agar anak saya boleh sembuh seperti sedia kala sebelum saya menutup mata,” katanya.
Yoong Fei turut menerima kunjungan daripada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Adun Semambu Lee Chean Chung.
No comments:
Post a Comment