Search This Blog

Thursday, June 26, 2014

Henti teroka hutan serta-merta



PENEROKAAN hutan tidak terkawal ekoran pelaksanaan satu projek Tenaga Nasional Berhad di Hutan Simpan Lentang di Bentong, Pahang tidak sepatutnya berlaku.


KUALA LUMPUR - Jabatan Perhutanan diarah menghentikan semua kerja penerokaan hutan bagi tujuan pembangunan dan pertanian terutama di Cameron Highlands, Pahang sebelum ia diperluaskan ke kawasan lain terutama di Hutan Simpan Lentang di Bentong.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, tindakan tersebut diambil kerana kerajaan memandang serius aktiviti penerokaan hutan yang semakin berleluasa ketika ini.
"Saya ambil maklum beberapa kawasan lain (termasuk di kawasan Hutan Simpan Lentang) yang terjejas teruk apabila hutannya diteroka (untuk pembinaan menara talian penghantaran elektrik Tenaga Nasional Berhad) dan kita akan menyiasat sebelum tindakan diambil," katanya.
Beliau ditemui Kosmo! selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konservasi Panda Gergasi dan sambutan ulang tahun ke-50 Zoo Negara, Hulu Klang dekat sini semalam.
Beliau yang juga Presiden MIC menyatakan demikian setelah meneliti siri laporan khas Kosmo! pada 22, 23 dan 25 Jun lalu mengenai aktiviti penerokaan hutan di beberapa kawasan di Raub, Bentong dan Cameron Highlands, Pahang untuk tujuan pembangunan dan pertanian.

ALIRAN air sungai di Hutan Simpan Lentang, tertimbus selepas ia diteroka ekoran pelaksanaan projek TNB.


Palanivel berkata, beliau juga telah mengarahkan Jabatan Perhutanan supaya bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk menanam semula pokok di kawasan-kawasan yang terjejas teruk sebelum ini.
Katanya, kerja-kerja penanaman semula tersebut dijangka bermula pada September depan di Cameron Highlands.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz35hI7UrMC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment