Search This Blog

Thursday, June 26, 2014

Enam pengganas Sulu terbabit pencerobohan Lahad Datu ditahan



ANGGOTA polis Cawangan Khas dan Esscom menahan enam pengganas Sulu di Kunak, Sabah semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai enam individu termasuk seorang anggota polis yang dipercayai pengganas Sulu dan terbabit dalam pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lalu berjaya ditahan polis di Kunak, Sabah semalam.
Lima lelaki dan seorang wanita itu diberkas sepasukan polis Cawangan Khas Bukit Aman bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam satu operasi khas di sekitar daerah Kunak antara pukul 5.30 pagi hingga 6 pagi semalam.
Mereka yang ditahan ialah Abu Bakar Jayari yang turut dikenali sebagai Alex, 61, serta anaknya, Ilyasa Abu Bakar yang juga dikenali sebagai Maharaja Omar serta seorang anggota polis, Zainuddin Mislani.
Selain itu, turut ditahan ialah Industan @ Md. Bustan Lumatang, 56, Kassim Ibrahim dan isterinya, Sitti Nukkah Abdul Lama, 57.
Kesemua yang ditahan merupakan rakyat tempatan kecuali Kassim yang dipercayai merupakan pendatang tanpa izin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam memberitahu, turut dirampas semasa tangkapan adalah kad keahlian dan sijil pelantikan Panglima Kesultanan Sulu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz35hIn22bd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment