Search This Blog

Thursday, June 12, 2014

Dua sahabat bebas tuduhan edar dadah


Mukardi Che Mansor (kiri) dan Mohd. Zuki Ghazali gembira apabila dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah seberat 23.27 gram dadah jenis heroin dan monoacetymorphines di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Safrizal Azmi
ALOR SETAR 11 Jun - "Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah." Dalam nada sebak, kalimah mengagungkan Tuhan itu tiga kali dilafazkan seorang ayah, Che Mansor Sulaiman, 71, sebaik sahaja Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Abdul Wahab membuat keputusan yang menyelamatkan anaknya, Mukardi Che Mansor, 42, bersama seorang rakan, Mohd. Zuki Ghazali, 44, daripada diheret ke tali gantung.
Mohd. Zaki membuat keputusan membebaskan kedua-dua tertduduh daripada pertuduhan mengedar dadah seberat 23.27 gram kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie ke atas kes mereka yang dituduh mengedar dadah seberat 23.27 gram kira-kira dua tahun lalu.
Bagaimanapun seorang lagi tertuduh, Zailani Yusof, 35, diperintah membela diri apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes ke atasnya.
Menurut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka dituduh me-lakukan kesalahan itu di dalam kereta Proton Wira bernombor pendaftaran PFT 9442 milik Zailani yang ditahan dalam sekatan jalan raya berhampiran Balai Polis Kuala Kedah kira-kira 4.45 petang, 8 Oktober 2012.
Di dalam dashboard kereta yang dipandu Zailani itu, ditemui dua jenis dadah berbahaya jenis heroin seberat 16.07 gram dan 7.20 gram monoacetylmorphines menyebabkan mereka dituduh di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati.
Dalam penghakimannya, Mohd. Zaki berkata, keterangan bahawa ketiga-tiga tertuduh berada dalam kereta yang sama semata-mata tidak dapat membuktikan terdapat niat bersama untuk mereka melakukan kesalahan tersebut menyebabkan Mukardi dan Mohd. Zuki dilepas dan dibebaskan.
Sebaik sahaja keputusan itu dibacakan, Mukardi bersama Mohd. Zuki meraup wajah masing-masing tanda syukur sebelum berpelukan dengan ahli keluarga yang rata-ratanya menitiskan air mata.
Mohd. Zuki ketika ditemui berkata, beliau amat bersyukur dengan keputusan itu dan merancang mahu mengadakan kenduri kesyukuran dalam masa terdekat.
"Saya gembira dapat beraya bersama keluarga tahun ini setelah dua tahun terpisah. Buat masa ini, saya mahu mencari kerja secepat mungkin agar dapat kembali menyara keluarga," katanya yang merupakan bapa kepada enam anak berusia antara 3 hingga 24 tahun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140612/ma_04/Dua-sahabat-bebas-tuduhan-edar-dadah#ixzz34NcFEeyw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment