Search This Blog

Thursday, June 12, 2014

Dua remaja didenda RM10,000


12 Jun 2014


KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas dua pemuda yang mengaku menjual cakera video digital (DVD) tanpa sijil perakuan B secara sambilan.

Majistret Azhraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu ke atas Lew Yoon Weng, 19, dan Tang Tuck Seng, 20, setelah mereka mengaku melakukan perbuatan itu Pekan Sungai Besi dan Tapak Pasar Malam Taman Connaught pukul 8.30 malam, semalam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 18(4)(a) Akta Penapisan Filem 2002 dan dihukum mengikut Seksyen 18(5) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Lew didakwa menjual 180 keping DVD pelbagai tajuk tanpa sijil perakuan B manakala Tang sebanyak 305 keping.

Ketika rayuan, peguam Khairul Amin Abdullah memohon hukuman ringan berbentuk denda dan memaklumkan kedua-dua anak guamnya menjual DVD berkenaan secara sambilan untuk menyara keluarga.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Yuniswa Abdul Rahman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal.- Bernama

No comments:

Post a Comment