Search This Blog

Monday, June 30, 2014

Dua bangunan runtuh, 20 maut


PEKERJA penyelamat mencari mangsa terselamat di tapak sebuah bangunan 11 tingkat yang runtuh di pinggir bandar raya Chennai kelmarin. - REUTERS


NEW DELHI - Pasukan penyelamat menggunakan pemotong gas dan penyodok semalam untuk mencari lebih 12 pekerja yang dikhuatiri terperangkap di bawah timbunan runtuhan bangunan kedua daripada dua bangunan yang runtuh di India
Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam tragedi itu.
Bangunan apartmen 11 tingkat yang sedang dibina pekerja berkenaan di pinggir ibu negeri Tamil Nadu, Chennai runtuh lewat kelmarin semasa hujan lebat.
Seorang pegawai polis berkata, berikutan runtuhan itu, dua pengarah syarikat pembinaan, Prime Sristi ditahan bagi membantu siasatan.
Polis berkata, 26 pekerja binaan telah dikeluarkan setakat ini, manakala kerja mencari lebih 12 lagi mangsa masih diteruskan.
"Empat mangsa mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia akibat kecederaan di sebuah hospital," kata seorang pegawai polis, George Fernandes.
Menurutnya, sebanyak 12 pekerja dirawat di hospital dengan enam lagi dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan malam kelmarin.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian tersebut. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz366vVvWsl 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment