Search This Blog

Monday, June 30, 2014

Ceroboh rumah inspektor, penganggur dipenjara lima bulan


30/06/2014 3:21pm

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menceroboh rumah milik seorang pegawai polis berpangkat inspektor, dua hari lepas.
Majistret Nurul’Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Azli Hussin, 52, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Jun lepas.
Azli dituduh menceroboh rumah berkenaan dengan niat hendak menakutkan dan mengaibkan penghuni rumah itu yang merupakan seorang pegawai polis dari cawangan narkotik di Balai Polis Dang Wangi.
Bapa kepada tujuh anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Sentul pada pukul 2.30 petang, 28 Jun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan alasan tertuduh mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan sama iaitu menceroboh pada 2009 dan 2011.
Azli, yang tidak diwakili peguam, memohon hukuman ringan kerana dia menghidap beberapa penyakit kronik termasuk kencing manis dan darah tinggi. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz366zsfidm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment