Search This Blog

Saturday, June 28, 2014

Bot nelayan diwajib pasang alat pengesan mulai September





28/06/2014 9:24pm

BERA - Mulai 1 September ini semua bot nelayan diwajibkan mengguna alat pengesan sebagai langkah membantu meningkatkan pendapatan dan keselamatan nelayan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat permulaan penguatkuasaan pemasangan alat pengesan tersebut diwajibkan kepada nelayan di kawasan Pantai Barat sebelum ia diperluaskan kepada nelayan Pantai Timur dan kawasan lain secara berperingkat-peringkat.

"Alat pengesan itu juga mampu membendung kegiatan penjualan diesel serta hasil tangkapan secara haram yang dilakukan nelayan untuk mendapatkan keuntungan berlebihan.

"Ia juga boleh membantu mengesan kegiatan jenayah di laut seperti dirompak oleh lanun sekali gus membolehkan pihak berkuasa memberikan bantuan kepada nelayan secepat mungin jika ada berlaku sesuatu kejadian,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dan ramah mesra dengan penduduk di kampung Lubuk Lian, di sini hari ini. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz35wwa7Cz7
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment