Search This Blog

Saturday, June 28, 2014

Anggota Rela, TLDM disyaki terlibat kegiatan militan - KPN





28/06/2014 9:51pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, anggota Rela berumur 46 tahun itu ditahan di Kuala Kangsar, Perak pada Rabu lepas dan anggota TLDM berusia 29 tahun itu ditahan di Sandakan, Sabah semalam.

"Tangkapan terbaharu ini merupakan susulan kepada operasi khas ke atas anasir militan yang dilancarkan oleh bahagian Counter Terrorism (cawangan khas Bukit Aman) sejak 28 April lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota Rela itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam menghasilkan raifel buatan sendiri dan membekalkan peluru kepada anasir-anasir militan untuk menjalani latihan menembak di Gunung Arang Para, Kampung Nyior Ketior, Kuala Kangsar pada Disember tahun lepas.

"Turut dirampas semasa operasi itu ialah sepucuk raifel buatan sendiri dan 433 butir peluru,” katanya. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz35wwN5gEx
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment