Search This Blog

Monday, June 30, 2014

3,977 kes pembakaran terbuka dikesan setakat ini


30/06/2014 3:05pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,977 kes pembakaran terbuka membabitkan 1,273 kes kawasan pertanian dan 840 kes kawasan hutan dikesan dalam tempoh enam bulan sejak awal tahun ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel berkata, berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS), 921 kes pembakaran terbuka dikesan di kawasan belukar, 117 kes di kawasan pembinaan, 69 kes di tapak pelupusan sampah, 31 kes di kawasan industri manakala 726 kes yang lain membabitkan pembakaran terbuka kecil.
"Bagi tempoh yang sama, sebanyak 276 kes pembakaran terbuka telah dikenakan tindakan kompaun dan 87 kes telah dikeluarkan notis amaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, sebanyak 43 kertas siasatan bagi kesalahan melakukan pembakaran terbuka telah dibuka bagi tindakan pendakwaan di mahkamah.
Katanya, dalam situasi jerebu, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terus diambil ke atas mana-mana individu yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz366zjVqVA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment