Search This Blog

Thursday, June 26, 2014

3,121 pesalah trafik ditahan


2014/06/26 - 03:42:50

Bachok: Polis menahan 3,121 pesalah trafik dalam 1,340 operasi menerusi Ops Warta Khas di seluruh negara sehingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid (gambar), berkata pesalah trafik terbabit dikesan dalam pemeriksaan ke atas 69,005 pemandu sepanjang operasi yang bermula 16 Jun lalu.

“Sepanjang operasi itu yang dijadualkan sehingga Jumaat ini, polis melakukan sekatan jalan raya dan rondaan khusus di tempat yang dikenal pasti untuk mengesan pesalah trafik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan khas Standard Pelaksanaan Tugasan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di sini, semalam.

Melawat IPD Kota Bharu

Selain itu, Salleh turut melawat IPD Kota Bharu.

Ops Warta Khas dilancarkan bagi mengesan 1.9 juta pesalah trafik di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Salleh berkata, polis akan terus memburu pesalah trafik berikutan waran tangkap yang belum diselesaikan masih banyak.
Mengenai pemeriksaan khas Standard Pelaksanaan Tugasan, Salleh berkata, 10 pasukan pemeriksa ditubuhkan untuk memantau dan meneliti keperluan fizikal, pematuhan tugas anggota dan pegawai serta kebajikan mereka di 10 IPD di Kelantan.

Berhubung Ops Selamat yang akan dilancarkan setiap kali musim perayaan, beliau berkata operasi berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu, berlaku penurunan kadar kemalangan jalan raya sebanyak dua peratus.

“Ini menunjukkan tanda positif dan diharapkan peratusan itu akan terus berkurangan dengan syarat pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan arahan pihak berkuasa,” katanya. 

No comments:

Post a Comment