Search This Blog

Thursday, June 12, 2014

2 mati kejadian tembakan di sekolah


2014/06/12 - 06:36:18
gambar sebelum  gambar berikut
Foto
Keluarga Emilio Hoffman tidak dapat menahan sebak ketika menyalakan lilin pada upacara memperingati pelajar itu di Troutdale, Oregon, semalam.
Foto


Los Angeles: Seorang lelaki bersenjatakan senapang membunuh seorang pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah tinggi Oregon, kejadian terbaharu membabitkan tembakan di sekolah di Amerika Syarikat yang memaksa amaran terbaharu daripada Presiden Barack Obama.

Lelaki bersenjata terbabit yang juga pelajar turut maut dalam kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Reynolds di barat laut Amerika Syarikat itu, selepas menembak dirinya sendiri, kata laporan media.
Polis menamakan mangsa sebagai Emilio Hoffman, yang mati di bilik persalinan lelaki bangunan gimnasium sekolah terbabit. Penembaknya yang masih belum dikenal pasti ditemui di bilik air berasingan.

Ketua Polis Troutdale, Scott Anderson memuji tindakan pegawai sumber sekolah terbabit yang menjadi antara orang pertama bertindak balas terhadap kejadian tembakan itu.


Tindakan pantas

“Saya percaya tindakan pantas mereka menyelamatkan lebih banyak nyawa pelajar,” katanya yang masih tidak mengesahkan sama ada suspek menembak diri sendiri atau tertembak.
Saksi melaporkan pelajar dan guru berada di dalam kelas ketika kejadian tembakan berlaku. Seorang guru juga mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawanya, kata polis.

Siaran langsung di televisyen menunjukkan pelajar keluar dari sekolah dengan tangan mereka berada di atas kepala.

“Anak perempuan saya menggeletar dan ketakutan. Beliau diarah ke hujung sebuah bilik bersama beberapa pelajar dan lampu dipasang,” kata seorang ibu kepada TV KOIN 6.

Anderson berkata, ketika operasi mencari di sekolah satu lagi senjata ditemui dan pemiliknya ditahan. Beliau menegaskan bahawa ia sama sekali berasingan dari kejadian tembakan kelmarin. - AFP

No comments:

Post a Comment