Search This Blog

Monday, June 30, 2014

1,000 orang hilang rumah pada hari pertama Ramadan


API marak yang memusnahkan 150 buah rumah setinggan di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, Kunak semalam.


KUNAK – Kira-kira 1,000 penduduk tidak menyangka bakal menyambut hari pertama Ramadan semalam dalam suasana sayu apabila rumah yang didiami mereka kira-kira 20 tahun lalu musnah dalam kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan dekat sini semalam.
Kebakaran yang berlaku pada pukul 1.30 pagi itu memusnahkan 150 buah rumah di perkampungan setinggan tersebut termasuk rumah kedai dan tiga buah kenderaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak, Jaafar Salleh berkata, sebanyak lapan anggota dan pegawai bersama dua buah jentera dikejar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran pada pukul 1.48 pagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz366yXhQRI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment