Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Waris mayat lelaki tanpa identiti dicari


Oleh Omar Osman
Sungai Petani: Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) mengesan waris mayat lelaki Melayu berusia 50-an yang masih belum dituntut selepas meninggal dunia hampir dua minggu lalu.

Jurucakap HSAH berkata, sebelum ini lelaki tanpa identiti terbabit ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di pusat bandar itu pada jam 7.30 pagi, 30 April lalu, oleh orang ramai lalu memaklumkannya kepada Jabatan Kecemasan HSAH.


Katanya, ambulans yang tiba di tempat kejadian membawanya ke HSAH dan mangsa diberi rawatan, bagaimanapun dia meninggal dunia jam 1 pagi, 1 Mei lalu, sebelum mayatnya dihantar ke jabatan forensik.

“Sehingga kini, tiada individu tampil menuntut mayat lelaki itu. untuk urusan pengebumian jenazah.


“Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Jabatan Forensik HSAH di talian 04-4457333 sambungan 1500 untuk maklumat lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/13

No comments:

Post a Comment