Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Tuntutan saman malu terhadap Mashitah selesai


2014/05/13 - 04:12:56
Kuala Lumpur: Dua tuntutan saman malu, masing-masing dikemukakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu, terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, diselesaikan secara baik di luar mahkamah di sini, semalam.

Melalui prosiding dalam kamar di Mahkamah Tinggi, Hakim Datin Yeoh Wee Siam, merekodkan penyelesaian kedua-dua saman itu yang dihadiri peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Abdul Hadi dan Mohamad manakala peguam Mohd Haaziq Pillay bagi pihak Mashitah.


Diselesaikan atas semangat persahabatan

Mohd Haaziq ketika ditemui berkata, kes saman itu diselesaikan atas semangat persahabatan, tetapi kedua-dua pihak enggan mendedahkan terma dan syarat penyelesaian.

Abdul Hadi memfailkan saman pada 18 September 2012 dengan mendakwa Mashitah mengeluarkan kata-kata fitnah dalam kolum beliau bertajuk Langit Terbuka yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac tahun sama.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu pula memfailkan saman pada 25 September 2012 berhubung artikel sama.

No comments:

Post a Comment