Search This Blog

Thursday, May 1, 2014

Tukang jahit mati ditikam, suspek maut terjun bangunan


KUALA LUMPUR 30 April - Kerana cinta tidak berbalas, seorang tukang jahit wanita menjadi mangsa apabila ditikam beberapa kali di sebuah rumah teres di SS9 Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini semalam.
Difahamkan, mangsa, Salma Lok, 43, maut ditikam dengan gunting di rumah teres yang dijadikan kedai oleh suspek yang dipercayai menaruh perasaan kepadanya sejak beberapa bulan lalu.
Mayat mangsa hanya ditemui seorang pelanggan yang datang untuk menjahit baju, petang ini.
Apabila kematian itu terdedah, seorang suspek yang berusia 40-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan telah bertindak nekad terjun dari tingkat 11 kerana dikatakan takut dicekup polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pelanggan yang menemui mangsa terlantar di dalam kedai itu kemudiannya menghubungi pihak berkuasa dan bertindak atas itu, polis mula menjalankan siasatan.
“Polis mengesyaki seorang rakan lelaki mangsa dan mula menggerakkan sepasukan polis untuk menjejaki suspek.
“Apabila sampai di sebuah pangsapuri iaitu beberapa kilometer dari lokasi kejadian, suspek dilihat telah terjun dari tingkat 11. Lelaki itu meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah.
“Polis juga menemui senjata iaitu gunting yang digunakan dalam kejadian itu dan polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya.
Sementara itu, seorang rakan suspek mendakwa, suspek menaruh perasaan cinta kepada mangsa, namun tidak berbalas.
“Wanita itu baharu sahaja membuka kedai jahit beberapa bulan lalu dan rakan saya itu selalu datang ke premis tersebut. Saya tidak pasti sejauh mana hubungan mereka, namun kawan saya ini memang menaruh rasa cinta pada mangsa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140501/je_04/Tukang-jahit-mati-ditikam-suspek-maut-terjun-bangunan#ixzz30PbP0SW3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment