Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Tukang jahit ditangkap

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
Tukang jahit ditangkap
Antara warga asing yang ditahan ketika sedang leka menjahit.
13 Mei 2014
 PETALING JAYA - Seramai 13 tukang jahit warga asing ditangkap dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan PJS 8/15, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira jam 3 petang itu diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Putrajaya, Abdul halim Ismail bersama 14 anggotanya.

Beliau berkata, pihaknya menahan tujuh lelaki warga India, empat lelaki dan seorang perempuan warga Sri Lanka yang dipercayai melakukan kesalahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

“Dalam operasi itu, kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dipercayai penyelia pekerja tersebut.

“Ketika serbuan, kesemua warga asing itu sedang leka menjahit pakaian. Hasil siasatan juga mendapati pekerja itu menerima gaji sebanyak RM18 untuk sehelai baju,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas beberapa peralatan menjahit seperti gunting dan pembaris panjang, lesen perniagaan, slip kedatangan pekerja serta beberapa helai baju.

Kesemua warga asing berusia dari 19 hingga 46 tahun dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Putrajaya sebelum direman 14 hari untuk siasatan.

Kes akan disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 56(1) (d) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

No comments:

Post a Comment