Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Tukang baiki penyaman udara maut


WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Mei 2014


SHAH ALAM - Seorang tukang baiki penyaman udara maut selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan Bank Islam di USJ 10, Subang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebelum kejadian jam 1.40 petang itu, mangsa, Lai Kiang Bin, 21, bersama seorang rakan sedang membaiki penyaman udara di belakang bangunan terbabit.

Beliau berkata, mangsa yang sedang leka melakukan kerja itu tiba-tiba terjatuh, sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan menunjukkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta patah tulang belakang.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat,” katanya.

Yahaya berkata, bedah siasat menunjukkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Difahamkan mangsa berasal dari Miri, Sarawak.

No comments:

Post a Comment