Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Tujuh terkorban serangan Taliban

Tujuh terkorban serangan Taliban
Polis Afghanistan mengawal keadaan selepas pejuang Taliban menyerbu dan menyerang bangunan kerajaan di Jalalabad, timur Kabul, semalam. 
JALALABAD, AFGHANISTAN: Taliban memulakan serangan tahunan musim bunga mereka semalam di seluruh Afghanistan termasuk serangan bunuh mati terhadap pejabat kerajaan yang mengorbankan tujuh orang serta serangan roket di dua lapangan terbang.

Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban dalam beberapa siri serangan selepas pemimpin Taliban minggu lalu berjanji untuk mengadakan serangan yang mensasarkan pasukan tentera diterajui Amerika Syarikat dan kemudahan kerajaan Afghanistan.

Tiga pengebom bunuh diri mati memasuki jabatan keadilan wilayah di bandar timur Jalalabad, menurut pegawai rasmi, mencetuskan insiden berbalas tembakan antara pasukan keselamatan yang berlangsung selama berjam-jam.

Kesemua penyerang terbunuh dan mayat mereka dipamerkan di bangunan terbabit” Abdul Rauf Uruzgani, Ketua penyiasat polis

“Kesemua penyerang terbunuh dan mayat mereka dipamerkan di bangunan terbabit,” kata ketua penyiasat polis, Abdul Rauf Uruzgani pada sidang media di bandar itu.

“Antara yang maut adalah tiga kakitangan jabatan keadilan, dua anggota polis dan remaja lelaki 15 tahun yang terperangkap dalam pertempuran serta seorang pelawat.”

Dua roket meletup berhampiran Lapangan Terbang Kabul pada jam 5 pagi, tepat pada waktu pemberontak berjanji untuk memulakan operasi membersihkan “kekotoran orang kafir” dari negara itu.

Empat roket turut disasarkan di Lapangan Terbang Bangram, pangkalan tentera NATO terbesar di Afghanistan yang terletak di utara Kabul. Tiada laporan kematian di kedua-dua lapangan terbang yang diserang.
Timbalan Gabenor Ghazni yang memaklumkan jumlah korban, Mohammad memaklumkan media bahawa dua anggota polis dan enam orang awam turut cedera. - AFP

No comments:

Post a Comment