Search This Blog

Saturday, May 31, 2014

‘Thundercat’ dalang tembak mati di kuil


Sungai Buloh: Polis masih memburu seorang lelaki dikenali sebagai ‘Thundercat’ atau nama penuhnya, Rajthevan Rajamanikam, 41, yang disyaki dalang utama kes tembak mati di sebuah kuil di Kampung Ladang Baru Sungai Buluh, Sungai Pelong Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buluh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, suspek yang juga bekas tahanan ordinan darurat itu dipercayai masih berada di Malaysia.


“Kita percaya, kemungkinan suspek telah melarikan diri ke tempat lain namun suspek masih berada di negara ini,” katanya.



Menurutnya, beberapa saksi juga sudah dipanggil untuk membantu siasatan termasuk adik kepada mangsa yang berusia 14 tahun.


Difahamkan, adik kepada mangsa pernah menjalinkan hubungan dengan suspek sebelum kejadian itu.


Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi talian 03-2052 9999 atau terus ke balai polis yang terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/31

No comments:

Post a Comment