Search This Blog

Tuesday, May 13, 2014

Terkejut ular tedung masuk rumah

WARTAWAN SINAR HARIAN
Terkejut ular tedung masuk rumah
Ular tedung sepanjang dua meter yang memasuki rumah Hamidi di Kampar, semalam.
12 Mei 2014
 KAMPAR - Waktu makan tengah hari sebuah keluarga terganggu dengan kehadiran ular tedung sepanjang dua meter yang tiba-tiba keluar dari rumah mereka, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, ular tersebutkeluar dari kediaman keluarga berkenaan sebelum menyorok ke bahagian bawah rumah.

Ketua keluarga, Hamidi Abd Wahid, 34, berkata haiwan itu kemudian bersembunyi di dalam kotak yang terletak di bawah rumahnya.

Menurutnya, dia dan isterinya cuba menghalau ular berkenaan menggunakan buluh.

“Saya turut menggunakan penyembur racun serangga bagi menghalau ular berkenaan untuk  keluar dari tempat persembunyiannya dan sejurus ular itu keluar saya segera memalu kepala haiwan tersebut dengan menggunakan buluh.

“Selepas reptilia itu lemah saya segera mencampakkan ular berkenaan ke jalan raya,” katanya.

No comments:

Post a Comment