Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Simbah asid balas dendam


Pendang: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian menyimbah asid terhadap sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sebuah gerai menjual nasi lemak di Jalan Tanah Merah, di sini, pagi kelmarin.

Difahamkan, suspek berusia 62 tahun itu dipercayai bekas suami mangsa wanita terbabit ditahan di rumahnya di Hutan Kampung, Alor Setar, jam 3.30 pagi semalam oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang selepas menerima maklumat.


Suspek yang bekerja sebagai petani itu sudah bercerai dengan wanita terbabit sejak beberapa tahun lalu dan kini menetap di Alor Setar.

Difahamkan, sejak pasangan itu bercerai, mangsa dikatakan pernah membuat beberapa laporan polis selepas dipercayai diugut akan disimbah cat merah ke rumahnya oleh suspek yang dikatakan cemburu dan mahu membalas dendam berikutan perceraian itu.


Selain itu, beberapa hari sebelum kejadian mangsa juga dikatakan turut menerima ugutan bahawa suspek akan menyimbah asid ke muka suaminya, namun tidak sempat membuat laporan polis.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

No comments:

Post a Comment