Search This Blog

Saturday, May 10, 2014

Seorang terbunuh, lima parah ditembak di restoran


Oleh Iskandar Shah Mohamed
Kuala Lumpur: Seorang lelaki terbunuh manakala lima parah selepas ditembak seorang penjenayah ketika sedang makan di sebuah restoran di Jalan Ipoh, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian antara 4.30 hingga 5 pagi itu, semua mangsa dihampiri lelaki menaiki Perodua Myvi bersenjatakan pistol yang bertindak melepaskan tujuh das tembakan.


Tembakan jarak dekat itu menyebabkan mangsa berusia 22 hingga 51 tahun cedera antaranya di tangan, kaki, bahu dan pipi.

Mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut namun seorang daripadanya berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital itu.


Polis menemui tujuh kelongsong peluru di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan mengikut 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/10

No comments:

Post a Comment