Search This Blog

Monday, May 26, 2014

Seorang maut, rakan parah ditembak


KUALA LUMPUR 25 Mei - Seorang pemuda maut manakala rakannya cedera akibat ditembak dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan samseng di Kampung Ladang Baru Sungai Pelong, Kuang, dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, suspek dan 30 pengunjung sebuah kuil sedang bersembah­yang di ladang tersebut sebelum didatangi sekumpulan lelaki termasuk dua mangsa lalu mengganggu upacara berkenaan.
Berikutan itu, berlaku pergaduhan antara mereka sebelum suspek yang berusia 40-an melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mangsa.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, mangsa, M. Vijendran, 25, mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan yang mengenai bahagian kepala dan pinggangnya.
“Rakannya, B. Sureshkumar, 24, yang terkena dua das tembakan di bahagian perut pula dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
“Suspek dikenali sebagai Thundercats, berusia 40-an, melarikan diri dengan pacuan empat roda berwarna merah bersama rakan-rakannya," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek merupakan bekas Pusat Tahanan Simpang Renggam dan baharu sahaja dibebaskan, manakala Sureshkumar turut mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan melibatkan jenayah pecah rumah dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, jenayah samun.
Katanya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemukan dua kelongsong peluru jenis S&B 9x19 dan tidak menolak kemungkinan motif kejadian tersebut untuk membalas dendam.
“Sehubungan itu, polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Kannan atau Thundercats yang mempunyai susuk badan yang tegap," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140526/je_02/Seorang-maut-rakan-parah-ditembak#ixzz32lq4SoyD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment